4 Tips Cara Memelihara Zakar

Zakar merupakan organ sulit lelaki. Menjaga kesihatan zakar penting tidak hanya kerana ia organ reproduksi jejaka, tapi demi menjaga kepuasan pasangan.

Terdapat pelbagai cara merawat kesihatan zakar. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda lakukan:-

1. Sunat

Sebuah kajian menemui perbezaan antara zakar yang disunat dan tidak disunat dari segi kebersihan. Pada dasarnya, kulit lipatan zakar merupakan tempat yang sesuai bagi bakteria untuk lahir dan membiak. Namun, bakteria pada zakar yang disunat cenderung lebih sedikit jumlahnya jika dibandingkan pada zakar yang tidak disunat. Bakteria yang dimaksud adalah bakteria jenis anaerob. Bakteria ini tidak memerlukan oksigen untuk hidup, sehingga bisa bertahan pada kulit zakar yang tertutup dalam seluar dalam.

Pada sebahagian masyarakat, sunat merupakan tradisi atau anjuran agama. Tetapi terlepas dari itu, anda atau anak lelaki anda dapat melakukan sunat untuk alasan kesihatan. Ditambah lagi, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan laki-laki, terutama mereka yang aktif secara seksual, untuk melakukan sunat. Ini kerana sunat berkaitan dengan penurunan risiko terkena penyakit menular seksual, seperti HIV.

2. Ereksi Secara Rutin

Disarankan untuk melakukan ereksi secara rutin. Ereksi atau mengerasnya zakar kerana dipenuhi darah, dapat menyihatkan zakar. Ini kerana otot halus pada zakar akan mendapat oksigen yang melimpah dari darah. Selain itu, ereksi secara rutin juga dapat menjaga bentuk zakar tetap normal. Sebaliknya, jika kurang mengalami ereksi secara rutin, ukuran zakar boleh berisiko menjadi lebih pendek 1-2 cm. Kondisi ini terjadi kerana jaringan zakar menjadi kurang elastis dan menyusut.

Laki-laki pada umumnya mengalami beberapa kali ereksi pada malam hari dan sekitar sebelas kali pada siang hari. Ereksi boleh terjadi tanpa ada rangsangan sebelumnya. Jika pada siang hari lelaki tidak mengalami ereksi sama sekali, otak akan membantunya untuk ereksi di malam hari. Rangsangan dari otak untuk ereksi biasanya datang saat fasa bermimpi dalam tidur. Apa pun mimpi anda di malam hari, ereksi tetap akan terjadi. Namun, jejaka yang diabetes cenderung memiliki masalah untuk ereksi, sehingga memerlukan pemeriksaan doktor lebih lanjut.

3. Menjaga Kebersihan Zakar

Menjaga kebersihan dapat dikatakan sebagai inti dari cara merawat zakar. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga zakar sentiasa bersih dan sihat.

Ketika mandi, cucilah zakar menggunakan air suam. Lakukanlah tiap hari. Jangan lupa untuk mengeringkannya dengan tisu atau kain bersih, baik setelah mandi mahupun setelah kencing.
Sebaiknya jangan menggunakan sabun terlalu banyak pada zakar kerana dapat menimbulkan iritasi kulit

4. Hindari Menggunakan Bedak Atau Deodoran

Gosok lembut bahagian kepala zakar untuk membersihkannya dari kotoran smegma. Pada dasarnya, smegma adalah pelumas semulajadi pada kepala dan lipatan kulit zakar. Namun, penumpukan smegma dapat menggalakkan pembiakan bakteria dan mengundang infeksi.

Jika zakar anda memiliki lipatan-lipatan kulit di atasnya, tarik lembut dan bersihkan bahagian bawahnya. Namun, langkah ini hanya untuk lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki tidak memerlukannya. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian skrotum (kantung zakar). Bila tidak dibersihkan secara teratur akan timbul bau kurang sedap kerana peluh melekat pada rambut kemaluan.

Periksa zakar dan skrotum sendiri dengan merabanya. Langkah ini berguna untuk mengesan apakah terjadi perubahan pada kawasan ini, seperti ada benjolan. Jika ditemui benjolan atau perubahan yang tidak normal, jangan malu untuk segera melakukan pemeriksaan doktor.

Cara merawat zakar di atas sebaiknya diiringi dengan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, mengelakkan minuman keras, makan makanan bergizi dan seimbang, serta tidak lupa rutin beriadah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *