5 Tips Elak Pancut Awal

Pancut awal ketika di dalam hubungan seks merupakan masalah seksual utama yang sering dihadapi oleh kaum lelaki masakini. Masalah pancut awal atau ejakulasi pra matang ini bukanlah masalah baru yang dihadapi kaum adam. Di sini saya ingin memberikan petua dan cara mengelak pancut awal.
Sebelum menyelesaikan masalah pancut awal, anda harus tahu faktor utama membuatkan kebanyakkan lelaki tidak dapat tahan lama ketika hubungan seks bersama pasangan lalu mereka pancut awal.

shutterstock_525103006

PENYEBAB UTAMA EJAKULASI PRA MATANG/PANCUT AWAL

1. Hormon tidak seimbang, iaitu tahap hormon-hormon yang mengawal keinginan seks dari ghairah dan pancutan terlalu tinggi, seterusnya mengakibatkan mudah untuk klimaks.

2. Zakar yang terlampau sensitif. Zakar yang terlampau sensitif boleh menyebabkan deria dan saraf yang berkaitan dengan pancutan mengalami tindakbalas yang terlampau seterusnya meningkatkan keinginan untuk pancut dan klimaks.

3. Keinginan dan ghairah seks yang terlampau tinggi sehinggakan tidak dapat menahan dan menghalang lagi. Akibatnya berlaku pancutan awal.

Penyebab-penyebab utama pancut awal atau ejakulasi pra matang ini sering menyebabkan kaum lelaki tidak dapat bertahan lama ketika berdayung, dan seterusnya tewas ketika bertarung. Untuk mengelak pancut awal ketika bersama isteri anda, anda boleh mencuba tips-tips elak pancut awal yang saya berikan ini.

pancut-awal

5 TIPS MENGELAK PANCUT AWAL

1. Fokus
Masa kini ramai lelaki yang hilang fokus ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Faktor masalah harian, stress tempat kerja dan sebagainya mampu memberi kesan kepada hubungan seks. Akibat daripada masalah ini, sang suami seperti memandu tetapi berkhayal menyebabkan hilang tumpuan ketika berasmara. Ini membuatkan anda tidak dapat mengawal minda seterusnya menyebabkan hubungan seks berakhir dengan pancut awal. Jaga fokus dan beri tumpuan kepada aktiviti seks bagi mengelak pancut awal.

2. Tingkatkan Stamina

Hubungan seks adalah aktiviti fizikal yang dikategorikan sebagai aktiviti berat. Pembakaran kalori yang berlaku semasa aktiviti seks adalah sama dengan pembakaran kalori aktiviti sukan yang lain seperti berjoging dan sebagainya. Oleh itu untuk bertahan lama di dalam hubungan seks dan mengelak pancut awal, anda perlu berada keadaan stamina yang tinggi. Kekurangan stamina akan menyebabkan anda cepat letih ketika berdayung. Ini akan membuatkan tenaga anda akan disalurkan kepada anggota tubuh yang lain dan kurang tenaga yang akan digunakan untuk organ seks. Oleh itu kuatkan otot-otot anda dan tingkatkan stamina anda untuk mengelak pancut awal.

3. Pemakanan
Pemakanan juga merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian seks anda dan berkaitan dengan mengelak masalah pancut awal. Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat untuk meningkatkan tahap keupayaan seks anda. Elakkan minuman sejuk, serta amalkan minum air suam. Amalkan diet yang membantu meningkatkan keupayaan seks anda seperti tiram, bawang, pisang, daun saderi, strawberi, badam dan coklat. Elakkan juga makan berulam air amalkan minum air setengah jam selepas makan.

4. Panjangkan Permainan Foreplay

Aktiviti foreplay bukan saja memainkan peranan penting dalam memberikan kepuasan berganda kepada isteri anda, tetapi aktiviti ini juga penting untuk membantu mengelakkan pancut awal. Dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda dapat membuatkan isteri anda klimaks dengan lebih pantas. Selain dapat melincirkan pergerakan zakar, air mani wanita juga dapat membantu zakar untuk pancut lambat. Jadi dengan memanjangkan aktiviti foreplay, anda akan dapat memuaskan pasangan anda dan dalam masa yang sama dapat membantu anda mengelak pancut awal.

5. Mengamalkan Produk Berasaskan Herba

Kini terdapat banyak alternatif produk berasaskan herba di pasaran dalam bentuk makanan, minuman dan juga krim. Produk ini membantu menyelesaikan masalah pancut awal secara semulajadi tanpa bahan kimia. Anda boleh mencuba mana-mana produk ini asalkan ia mengandungi cop pengesahan Halal dan Jakim. Jika anda tak suka ambil yang bentuk makanan atau minuman, anda amalkan sahaja produk herba berasaskan krim sapuan seperti X Gene.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *