Tips 1 : Sentiasa Berstamina

SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina dan bersedia pada bila-bila masa untuk memberi layanan yang A+ kepada isterinya. Tiada maknanya jika anda mempunyai nafsu seks yang membuak-buak tetapi selalu sakit-sakit dan terlantar di katil tidak berdaya. Menjadi seorang suami, anda bukan hanya sekadar menyediakan keperluan material semata-mata tetapi juga mampu memberi nafkah batin dengan sewajarnya. Memastikan isteri anda puas di ranjang adalah satu tanggungjawab sebagai suami demi kebahagian rumah tangga.

Sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Cuma amalkan senaman ringkas 10 minit sehari selepas bangun tidur dan semasa hendak tidur. Jika anda mengamalkan teknik ini, dijamin anda akan sentiasa berstamina sepanjang hari dan yang paling penting anda akan mengaum bagaikan harimau di ranjang ketika bersama isteri. Isteri yang puas akan merindui hubungan ranjang bersama suami tercinta.

Tips 2 : Zakar POWER

Ini adalah perkara yang paling mustahak dan antara punca kegagalan ramai suami memberi kepuasan seks kepada isteri. Berbadan tegap dan sasa serta berstamina sahaja tidak memberi makna jika alat kelamin anda pendek, kecil, lembik, kepala alat kelamin kuncup, cepat kendur, kurang tegang dan tidak maskulin, yang lebih parah, MATI PUCUK!

Anda memang perlukan alat kelamin yang benar-benar mantap dan power untuk memberi kenikmatan seks luar biasa kepada isteri anda. Jika alat kelamin anda tidak berfungsi dengan baik, anda perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasi alat kelamin anda. Alat kelamin yang tak power akan memberi memori dan mimpi buruk kepada isteri untuk melakukan hubungan ranjang bersama anda.

Tips 3 : Tahan Lama

Tahukah anda setiap wanita memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk dirangsang dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit lagi untuk mencapai klimaks. Sungguh menghampakan dan memalukan apabila suami menghadapi masalah terpancut awal. Suami asyik puas seorang sahaja sedangkan isteri makan hati menjeruk rasa. Ini sangat tidak adil. Jika dibiar, akan buat isteri rasa bagai mainan seks sang suami, bukan pasangan yang dicintai.

Jangan biarkan ia berlarutan. Mungkin isteri anda tidak pernah merungut tentang masalah anda. Jika anda merasakan bahawa anda tergolong dalam suami sebegini, anda perlu lakukan sesuatu sebelum isteri anda mula mencari alasan untuk tidak melayan anda malam ini! Masalah besar anda nanti.

Tips 4 : Mahir Dalam Posisi Seks

Anda perlu mahir sekurang-kurangnya 10 posisi seks. Mengapa? Kerana setiap posisi seks mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Posisi seks yang berlainan dapat mengawal tempo dayungan dan kedalaman tusukan alat kelamin untuk meningkatkan sensasi kepada isteri dan melewatkan ejakulasi. Jadi dengan memilih posisi yang betul dan mempelbagaikan variasi posisi seks pastinya akan memberi kenikmatan yang berbeza kepada isteri anda. Berikan memori manis untuk setiap posisi seks bersama isteri kerana memori inilah yang akan buat si dia “menggatal” dengan anda setiap malam Jumaat.

Tips 5 : Menguasai Nafsu Isteri

Berilah layanan yang istimewa kepadanya sebelum seks dan jangan terlalu gelojoh untuk memasukkan alat kelamin ke dalam faraj dan kemudian cepat juga ingin menamatkan pelayaran. Itu sebenarnya kesilapan anda dan juga kebanyakan suami. Mereka tidak tahu ilmu merangsang nafsu seks isteri dengan senda gurau dan cumbu rayu. Rahsia itulah yang perlu anda kuasai sebelum nafsu isteri anda berjaya dijinakkan. Jangan buat isteri terasa bagai dirogol suami sendiri. Lakukan dengan penuh rasa cinta dan sayang. Dayunglah dengan gembiranya.

Comments

comments