4 Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai Klitoris

Wanita amat jarang sekali memperkatakan mengenai titik ereksi mereka – namun apabila si dia terangsang, klitoris atau kelentit si dia akan menjadi lebih besar dan menegang. Mengabaikan suis besar ini boleh menyebabkan pasangan anda hilang mood untuk hubungan seks.

Fakta mengenai si dia mendapat ereksi yang kecil hanya separuh daripada isu tersebut, klitoris pasangan anda bertindak hampir serupa dengan zakar anda.

Berikut adalah EMPAT fakta yang mengejutkan dan anda perlu ketahui mengenai klitoris pasangan anda.

1. Ia Ibarat Zakar Untuk Wanita

Tidak seperti zakar anda yang memiliki pelbagai fungsi – klitoris milik isteri anda pula bertindak lebih kepada ransangan atau stimulasi seksual. Rangsang suis ini sehingga menyebabkan sang isteri bersedia mendayung bersama anda atau bersedia si dia hilang mood untuk hubungan seks bersama anda.

Ketika peringkat awal kejadian janin, zakar dan klitoris bermula sebagai benda yang sama sehingga kemasukan hormon yang mengubah bentuknya menjadi sekarang.

2. Ia Dicipta Dalam Pelbagai Saiz

Saiz klitoris pada setiap wanita adalah berbeza dan boleh mencapai hingga 3cm panjangnya.

Dalam proses meransang, saiz klitoris tidak memainkan peranan besar – klitoris yang kecil selalu dikaitkan dengan kemuncak seksual yang hebat. Pernahkah anda ambil tahu saiz klitoris isteri anda?

3. Umur Bukan Ukuran

Tidak seperti kaum lelaki yang terpaksa melalui masalah mati pucuk – klitoris wanita tetap memberi respon walaupun pada usia yang tua.

Wanita mempunyai kebolehan untuk mencapai kemuncak seksual tanpa mengira mereka sedang di usia yang mana. Hebat bukan?

4. Ia Adalah Titik Kemuncak Seksual

Jangan dipandang pada saiz. Saiz klitoris barangkali lebih kecil dari zakar anda – namun ia memiliki banyak saraf yang lebih peka pada ransangan berbanding zakar anda. Jika anda abaikan titik ini, kerugian buat anda!

Oleh itu klitoris adalah titik rangsangan penting semasa anda ingin warm up permainan bersama isteri. Geselan zakar beberapa saat pada klitoris mampu membuatkan isteri terangsang seterusnya bersedia untuk pelayaran seterusnya. Pastikan betul- betul terangsang atau bersedia si isteri hilang mood untuk hubungan seks bersama anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *