Cara Rawatan Mati Pucuk & 4 Punca Mati Pucuk oleh Dr Ismail Tambi

Tanda – Tanda Lelaki Mengalami Mati Pucuk

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda.

Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :

A. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

B. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

C. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

D. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Ini pula tanda-tanda awal Lemah tenaga batin, ketika melakukan persetubuhan ialah :

1. Lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.

2. Ereksi yang tidak betul-betul keras [tegar] kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI – gagal membuat tusukan ke dalam faraj.

3. Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama

4. Gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks

5. Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat

6. Kencing yang tidak tus, tidak puas dan menyimpan sisa

7. Zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence

8. tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks

9. Kelemahan seksual Lelaki adalah lebih ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.

4 Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai Klitoris

Wanita amat jarang sekali memperkatakan mengenai titik ereksi mereka – namun apabila si dia terangsang, klitoris atau kelentit si dia akan menjadi lebih besar dan menegang. Mengabaikan suis besar ini boleh menyebabkan pasangan anda hilang mood untuk hubungan seks.

Fakta mengenai si dia mendapat ereksi yang kecil hanya separuh daripada isu tersebut, klitoris pasangan anda bertindak hampir serupa dengan zakar anda.

Berikut adalah EMPAT fakta yang mengejutkan dan anda perlu ketahui mengenai klitoris pasangan anda.

1. Ia Ibarat Zakar Untuk Wanita

Tidak seperti zakar anda yang memiliki pelbagai fungsi – klitoris milik isteri anda pula bertindak lebih kepada ransangan atau stimulasi seksual. Rangsang suis ini sehingga menyebabkan sang isteri bersedia mendayung bersama anda atau bersedia si dia hilang mood untuk hubungan seks bersama anda.

Ketika peringkat awal kejadian janin, zakar dan klitoris bermula sebagai benda yang sama sehingga kemasukan hormon yang mengubah bentuknya menjadi sekarang.

2. Ia Dicipta Dalam Pelbagai Saiz

Saiz klitoris pada setiap wanita adalah berbeza dan boleh mencapai hingga 3cm panjangnya.

Dalam proses meransang, saiz klitoris tidak memainkan peranan besar – klitoris yang kecil selalu dikaitkan dengan kemuncak seksual yang hebat. Pernahkah anda ambil tahu saiz klitoris isteri anda?

3. Umur Bukan Ukuran

Tidak seperti kaum lelaki yang terpaksa melalui masalah mati pucuk – klitoris wanita tetap memberi respon walaupun pada usia yang tua.

Wanita mempunyai kebolehan untuk mencapai kemuncak seksual tanpa mengira mereka sedang di usia yang mana. Hebat bukan?

4. Ia Adalah Titik Kemuncak Seksual

Jangan dipandang pada saiz. Saiz klitoris barangkali lebih kecil dari zakar anda – namun ia memiliki banyak saraf yang lebih peka pada ransangan berbanding zakar anda. Jika anda abaikan titik ini, kerugian buat anda!

Oleh itu klitoris adalah titik rangsangan penting semasa anda ingin warm up permainan bersama isteri. Geselan zakar beberapa saat pada klitoris mampu membuatkan isteri terangsang seterusnya bersedia untuk pelayaran seterusnya. Pastikan betul- betul terangsang atau bersedia si isteri hilang mood untuk hubungan seks bersama anda.

5 Posisi Seks Yang Membantu Anda Untuk Menusuk Lebih Dalam

Impian bagi setiap pasangan suami isteri semasa melakukan hubungan seks pastinya ingin mendapatkan kepuasan di ranjang. Sang suami pasti ingin memberi aksi terbaik dalam hubungan seks demi memberi kepuasan kepada sang isteri. Kebanyakan sang suami mencari kaedah terbaik memberi kepuasan seks kepada sang isteri demi memberi pengalaman terbaik dalam hubungan.

Dari segi emosi merenung mata pasangan masing-masing sambil menyamakan nafas masing-masing untuk aksi senggama yang benar-benar mengghairahkan boleh menjadi sesuatu yang hangat.

Namun bagaimana pula jika apa yang anda inginkan adalah hanya untuk menusuk lebih dalam? Asalkan pasangan anda juga menginginkannya ia akan menjadi lebih hebat.

Berikut adalah beberapa posisi seks yang anda patut cuba untuk pergi lebih dalam bersama pasangan.

1. Missionary
Anda berbaring mengadap wajah si dia di atas dan si dia di bawah berbaring sambil merehatkan badan. Ini memberikan lebih akses kepada penetrasi mendalam.

Ia boleh memberikan kedua-duanya lebih stimulasi yang dapat digabungkan dengan lebih bentuk keintiman.

2. Cowgirl
Si dia berada di atas anda sambil menolak anda untuk baring terlentang – kemudian si dia akan masuk melalui celah betis anda.

Dari sini, kakinya akan lebih terbuka untuk anda mendapat akses yang lebih mendalam pada ketika itu.

3. Flatiron
Si dia meniarap dengan pehanya dinaikkan sedikit ke atas – cuba untuk selitkan bantal di antaranya dengan kakinya lurus diregangkan sedikit.

Peha yang dinaikkan itu menawarkan halangan rendah untuk anda memasukkan zakar anda dan ia memberikan stimulasi g-spot.

4. Face-Off
Apabila anda sedang duduk di atas katil, si dia pula akan duduk di atas riba anda mengadap wajah anda.

Disebabkan oleh kaki si dia boleh diregangkan dengan lebih luas di sini – si dia lebih terbuka untuk menerima apa yang anda ingin tawarkan.

5. Cowgirl’s Helper
Si dia berada di atas anda sambil menolak anda untuk baring menelentang di bawah – kelainan di sini adalah anda membantu menggunakan tangan anda.

Ini boleh memberikan si dia stimulasi G-spot yang lebih hebat di mana si dia boleh pergi lebih dalam seperti mana yang dikehendaki.